Bismillah. K dah lama tk update sebenarnya. Dan tk berpuitis kali ni. Straight to the point, sebenarnya nak cerita sikit pengalaman main game fish leap.
Boleh download dekat Play Store untuk android user. tapi iphone user aku tk sure ada ke tk. Sebab aku tk guna iphone haha.
So secara jujurnya game ni quite challenging.. Senang citaa susah lakot dlm bahasa yg mudahnya hhaa. sebab aku level 4 tk habis habis lagi then cane nk dpt duit raya rm100 haha. Walaupun susah, tp ok la sbb dia best. mengujji kesabaran dan keimanan.
Cuma ada satu problem kot, bukanlah problem mksd aku, cuma ads tu aku tk tau nk manage canee. kalau keluar tu, aku tutup je game, then masuk balik. Dan satu lagi, mungkin loading lama kot. Boleh di cepatkan lagi kalau boleh... Graphics smua cntik je. Ok la since size game ni pun tk besaq mana. senang org nk download kan....
Haa ni la ads tuu.
Monday, 9 May 2016
Sunday, 20 December 2015
Hijau
Kau masih mentah, tapi tak bermakna kau tak boleh menurut perintah. Kau masih muda, tapi tak bermaksud akhlak kau tak perlu dijaga. Kau dah boleh berfikir, tapi tak kau gunakan akal secara rasional.
Kadang kau kata kau dah matang. Tapi matang kau hanya dibibir. Fikiran kau, mentaliti kau,dan tindakan kau, persis kanak-kanak yang baru hendak bertatih. Tuntutan yang kau pinta, menjadi bahan ketawa mereka yang bertakhta. Tuntutan yang kau buat tidak mendatangkan kesan yang membawa makna kepada mereka yang merana.
Kau bersorak tanda berjaya, mereka menangis kerana sengsara. Mereka sudah hilang kepercayaan terhadap kau. Mereka menyesal memberi mandat kepada orang yang hilang kewarasan dalam tindakan.
Penulisanku ini mungkin tidak terkesan dan bermakna buat engkau. Tapi aku berdoa agar kau sedar atas kebodohan yang telah kau lakukan.

Subscribe to:
Comments (Atom)