Sunday, 29 November 2015
Karya
Aku bukan orang seni. Bukan juga orang bahasa. Aku bukan pakar tafsir. Jauh sekali si Tukang Syair. Bahasa istana bukan bahasa ibundaku. Bahasa pujangga bukan bahasa percakapanku.
Tapi mereka sering bertanya. Mengapa dan kenapa aku gemar berkarya sedemikian rupa? Sedang aku tidak berperwatakkan begitu.
Biar aku katakan dan aku perjelaskan.
Aku menulis mengikut rentak hati. Dipandu oleh emosi yang menguasai. Jika begitu acuannya, begitulah kuihnya.
Mungkin sukar buat kau untuk memahami. Sukar juga buat aku untuk menyampaikan. Tapi inilah cara aku. Inilah sikap aku.
Aku diajar untuk bermain dengan kata-kata. Bukan untuk meraih cinta, tapi buat meraih takhta. Bukan takhta dihati, tapi takhta di mata. Bukan mata manusia, tapi Dia si Pencipta.
#Fahamkanlah
Saturday, 28 November 2015
Kelabu
Mereka kata perlu, aku bilang tidak. Mereka kata
jangan, tak ku endahkan larangan. Kerap kali ku buntu mencari penyelesaian,
kerap juga mereka datang memberi pandangan.
Walau mereka tahu aku akan menolak, tapi mereka
bersedia untuk tertalak. Mereka kata aku memberi harapan.
Ada juga menggelar aku memainkan perasaan. Bagi aku
itu semua atas diri sendiri.
Berhenti berharap agar tidak tertiarap. Elakkan
angan-angan agar tidak diawangan. Jauhi mimpi kerna ini realiti.
Entah. Mungkin aku belum mempunyai pendirian untuk
itu. Sama ada belum bersedia atau tidak pernah untuk bersedia. Sejujurnya
memang tidak ada perancangan untuk itu. Kalau dengar aku cakap berkenaan isu
ini, mungkin itu pembohongan atau hanya angan kosong.
Orang kata angan-angan membawa kenyataan. Mereka tipu
atau merapu? Mana mungkin menjadi kenyataan jika tanpa perancangan dan
tindakan.
Dunia akhir zaman, serahkan saja pada Pencipta.
azri ABU
Monday, 23 November 2015
Tikam
Tikam. Mungkin membunuh? Tikam nombor? Atau tikam
belakang?
Tak perlu aku perjelaskan dengan lanjut, kerana aku
yakin dan pasti, anda semua pernah dengar dan faham maksud-maksud tersebut.
Ditikam atau menikam. Anda yang bagaimana? Seringkali
ku perkatakan dan aku perjelaskan, manusia biasa, banyak dosa, tidak lari dari
kesilapan biasa. Ingin jua aku tekankan, jangan dipraktikkan kesilapan yang
biasa dan berulang dalam kehidupan.
Mungkin engkau pernah ditikam sebelum ini, tapi
janganlah TERtikam di lain hari. Elakkan, jauhkan, dan hindarkan dari
perkara-perkara sebegitu agar tidak membawa kesengsaraan yang menggangu kebahagiaan.
Walaupun aku juga banyak membuat kesilapan, tapi aku
mempunyai sedikit pesanan, buat tatapan dan pedoman.
'Perkara yang lalu jadikan sejarah. Agar hilang segala
amarah. Supaya tidak kembali berdarah'
Tuesday, 17 November 2015
Sedar
Kita tak selalu bagus. Kadang kau rasa kau cukup untuk sesuatu, tapi orang lain tak fikir kau begitu.
Selalu kau fikir kau betul, tapi orang sekeliling sering bercakap tentang kau. Tak sedar ?
Pantang orang salah, kau orang pertama yang lantang untuk membalas dan membidas. Mungkin kau menang diatas kertas, hakikatnya orang malas nak layan kau dah. Tak sedar ?
Aku pelik. Diperli sudah, dikeji sudah, dimaki pun dah dibagi tapi tak sedar. Tak perasan atau tak berperasaan ?
Mungkin orang cakap dia tak perasan, tapi bagi aku sebenarnya dia tak sedar. Ego tinggi, tak pernah salah, dan mungkin tak pernah nak mengalah.
Aku tak mintak kau mohon maaf, cuma aku minta kau sedar diri dan tak buat lagi.
azri ABU
Saturday, 14 November 2015
Otak
Orang cakap tak faham-faham, cakap bodoh, dia marah.
Nak cantik sikit, peribahasa sikit. Aduh, otak udang.
Membe senyap kau mintak idea, idea macam otak udang,
kau balas 'kepala otak'.
Pergi mamak, ada brader letak atas meja. Kau bukak,
kau makan, pastu membe bayar. Otak-otak.
Menteri belia dan sukan selalu sebut, cikgu kat
sekolah pun suka cakap. Badan sihat, otak cerdas. (macam pelik je bunyi)
Membe rajin, pandai, kau dengki tak tentu pasal. cikgu
cakap, otak cair. Kau apa tahu ?
Membe sembang kencang, kuat kencing, kepala
hancing, mulut celupar macam puaka carut
tak habis tak ingat dunia layan p**** mana taknya, otak kuning.
Membe gila, stay high Layan kepala dia, semua pengsan.
Memang tak nyesal lepak dengan kau. Sakit otak, naik sasau.
Cuti
Cuti? Siapa tak suka kan... Macam-macam boleh buat
dengan cuti. Tapi kena sedar diri jugak la. Naik cuti ada 2 paper mid term
menanti.
Bagi aku cuti paling best bab makan la. Boleh order
dekat mak nak makan apa huhu. Lepastu kalau kat rumah, lantak aku la nak makan
berapa kali kan. Poket tak perlu tapis haha.
Aku kuat makan kot. Tapi tak besar-besar. Penat dah makan. Bila tah nak
membesar. Bapak aku kata aku makin
keding dah haha.
Kalau ikutkan aku pergi Kemsis haritu. Tapi malas ah
sebab tak ramai yang join. Kalau ramai ok la jugak. Ni asyik muka sama je.
Anep, tasya, pastu budak2 kmp lain. Mana nak go bro haha. So biarlah aku
berehat setelah menjayakan KKUKM43 haritu #acah.
Sepanjang cuti, dapat jugak la aku ikut perkembangan
semasa kat luar sana kan. Ada la masa aku nak layan Berita Awatni, Berita
Hairan. Macam-macam berlaku sekarang. Dunia akhir zaman bro. Doa jelah. Dengan
isu Alvin Tan, serangan kat Paris, Palestin. Semoga kita dilindungi dan
dirahmati.
Sunday, 8 November 2015
Nafsu
Mereka menyuruh kita agar mengawal nafsu. Ada juga yang berkata hapuskan nafsu. Persoalannya, mampukah kita sebagai manusia biasa untuk berbuat sedemikian ?
Nafsu tidak mampu dikawal. Nafsu tidak boleh dihapuskan. Tapi nafsu perlu diurus dan dikendalikan.
Adakah kau mampu untuk mengawal nafsu makan tatkala kau lapar dan berkeinginan ? Bisakah kau menghapuskan nafsu seks bila engkau mampu dan berkemahuan ?
Kita manusia biasa. Kita ditakdirkan untuk bernafsu. Setiap daripada kita mempunyai nafsu masing-masing.
nafsu perlu diuruskan dan dikendalikan. Tatkala engkau idamkan untuk makan sesuatu, maka uruskanlah nafsumu dengan baik. Sama ada makan untuk memenuhi apa yg kau 'mengidam' atau makan berpandukan nafsu yang tak pernah puas.
Bila mana tiba nafsu yang membuak untuk seks, kendalikanlah dengan baik agar tidak terjerumus ke lembah maksiat. Kendalikanlah nafsumu hingga tiba kau beristeri dan berkemampuan.
Sekali lagi ku tegaskan, nafsu tidak mampu dikawal. Tapi perlu diurus.
Wednesday, 4 November 2015
Lupa
Dia datang dari tanah, bukan cahaya yang menerangi dunia. Dia dihasilkan dari air yg hina, bukan dari air di lautan mutiara yg berharga dan bermakna. Dia hanya manusia biasa, tapi lupa asal usulnya.
Lupa.. Tersengaja atau disengajakan ? Atau mungkin mereka benar-benar lupa, alpa, dan terleka ?
Bicaranya penuh dengan kata-kata indah bagi meyakinkan si pendengar. Janji setinggi bulan dan bintang tak usah dinafikan, kerana mereka mampu mendapatkan. Mulut manis berjanji, tapi tak pernah untuk menunaikan.
Ungkit ? Tidak ! Aku tidak bangkit untuk mengungkit, tapi aku bangkit untuk menyedarkan mereka yg mungkin 'terlupa' dan terus berdusta.
Sedarlah, saudaraku. Rakanmu bukan robot tak berakal. Rakanmu bukan badut untuk terus ditertawakan. Rakanmu itu juga bukan haiwan tak berperasaan. Aku berkata bukan untuk menyakiti dan menguris, tapi cukup buat engkau berhenti berjanji bermulut manis.
azri ABU
Subscribe to:
Comments (Atom)