Sebab ia banyak mati. Sebab ia banyak tertindas. Sebab ia
semua musnah, dan sebab ia segalanya punah. Ya, dalam menghadapi proses
kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu obses. Betapa ramainya manusia dimuka
bumi ini yang obses terhadap cinta, harta, dunia, dan kuasa. Namun, tidakkah
mereka sedar bahawa segala yang dimiliki didunia ini hanyalah sementara ?
Tidakkah mereka tahu bahawa apa mereka ada pada hari ini, tidak akan kekal
bersama mereka ?
Dunia akan berakhir, harta tak bawa mati, kuasa bawa
binasa, dan cinta pasti terdusta. Bangkitlah dari mimpimu, apa yang engkau ada
hanyalah sementara. Apa yang engkau ada, hanyalah pinjaman. Pemilik sebenar
yang meminjamkan apa yang kau ada hari ini tidak akan terus membiarkan engkau
berbangga dengan kehidupan kau. Sebab itu pesan aku, berpadalah sebelum obses.
#brocuba
No comments:
Post a Comment