Ramai yang mampu menerima tapi tidak mampu melaksanakan. Ramai yang tidak mahu menerima tapi pandai menghina. Pandai dalam berbicara, tapi tidak mampu melaksanakan dengan kuasa.
Itulah ragam amanah.
Betapa ramai manusia hari ini, berebut untuk memikul amanah tapi akhirnya terjelepuk diatas tanah. Betapa ramai manusia yang takut memikul amanah tapi pandai mengkritik dan hanya beraksi seperti seorang yang pengecut.
Mereka yang diatas sudah lupa apa itu amanah. Mereka yang diatas, hanya pandai tindas-menindas. Mereka yang diatas hanya berbangga berbaju koporat sedang perangai seperti keparat. Hebat ? Ya, engkau dipandang hebat disebabkan mandat yang engkau terima. Jangan kau sesal bila kubur kau mendap dan mampat disebabkan melanggar amanah yang engkau dapat.
Kepada yang takut untuk memikul amanah, sedarlah bahawa setiap manusia merupakan orang yang hebat. Kerana apa? Kerana hanya manusia yang sanggup memikul amanah tatkala Allah menawarkan amanah kepada langit, bumi, dan gunung-ganang (Al-ahzab 72). Janganlah kita hanya mampu mengkritik, tetapi tidak mahu mempraktikkan apa yang dikritik.
'Jika amanah diabaikan, maka tungulah datangnya kiamat' - Abu Hurairah
p/s : Pesanan buat diri sendiri dan sahabat yang telah diberi amanah.
Wednesday, 28 October 2015
Tuesday, 27 October 2015
Makanan
Ada orang makan bila betul-betul lapar. Ada orang
makan bila mengidam. Ada orang makan hanya nak elak dari mati.
Makanan. Semua memerlukannya. Tak kira apa jenis dan apa rasa selagi ia halal dan bersih.
Kenapa tidak kita bermuhasabah diri dari makanan ? Ada
yang cerca makanan yang dimakan hanya disebabkan rasanya yang tidak
memenuhi kehendak mereka. Ada yang merungut sambil menyumbat makanan ke mulut,
hanya kerana mereka sudah muak dengan makanan yang sama.
Belajarlah untuk mengenal erti syukur. Mungkin makanan yang kau buang sebab tawar amat diidamkan oleh si fakir yang kelaparan. Mungkin makanan yang kau cerca sebab muak menjadi kutipan buat si pengemis yang kebuluran. Aku tak nak membandingkan kita dengan negara luar seperti di Afrika dan sebagainya, kerana aku percaya bahawa si angkuh dan sombong akan jawab bahawa ini Malaysia, perkara macam tu takkan berlaku. Sedarlah manusia. Tuhanmu boleh menarik setiap nikmat yang engkau ada sekelip mata. Benar harini kau bahagia dengan nikmat makan, tapi beringatlah bahawa ramai lagi yang memerlukan. Aku juga bukan manusia yang sempurna. Kerana apa ? Syukur perkara yang mudah untuk diperkatakan, tapi sukar untuk dijadikan ikutan.
Sunday, 25 October 2015
MADU
MADU ? Kenapa MADU ? Orang selalu tanya kenapa kitorang bagi nama MADU. Asalnya aku sendiri pun tak reti nak jawap apa walaupun nama tu aku yang bagi. Sehinggalah Helmi puas memikirkannya, MADU stand for Madly Unique. MADU ni sebenarnya kitorang punya nama brand baju yang berkonsepkan lokal atau lebih dikenali sebagai produk tempatan. Sasaran pelanggan kami pada asalnya hanyalah pelajar Kolej Matrikulasi Perlis. Tetapi, disebabkan terlajak laris, produk kami telah mendapat sambutan dari pelbagai Kolej Matrikulasi diseluruh Malaysia termasuklah Kolej Matrikulasi Labuan.
Di KMP, kami telah mengeluarkan 4 jenis design yang berbeza. Design pertama kami iaitu KMPIANS, telah terjual lebih 600 helai. Dari situ, kami dapat mengumpulkan modal untuk menyertai hari keusahawanan KMP selama 3 Hari 2 Malam. Pada hari keusahawanan tersebut, kami berjaya menjual baju yang diberi nama MATRIKULASI EMP4TR4T4 sebanyak 50 helai dan #KMPIANS sebanyak 100 helai. Pada masa yang sama, kami telah berkolaborasi dengan beberapa jenama tempatan yang lain seperti 27Legacy Tiedye, Smiley Crow, dan Pahlawan Apparel.
Anggaran untung yang kami perolehi pada waktu tersebut adalah sebanyak RM **** dirahsiakan haha. Alhamdulillah.
Tidak berhenti disitu, kami telah melebarkan perniagaan kami di seluruh Matrikulasi di Malaysia dengan design Raglan Matrikulasi.
Alhamdulillah, walaupun tak sedasyat sambutan di KMP, baju kami telah terjual lebih kurang sebanyak 300 helai di pelbagai Kolej Matrikulasi.
Projek terakhir kami adalah 'Finale Kmpians' dimana kami telah menggabungkan design #KMPIANS jawi dan KMPIANS. Tampil dengan 3 jenis baju, iaitu muslimah, lengan panjang, dan lengan pendek, Alhamdulillah baju tersebut telah berjaya dijual lebih kurang 450 helai. Disebabkan itu merupakan projek terakhir, kami telah memberi sticker percuma, dan button badge percuma kepada pelanggan kami. Kami juga telah memutuskan untuk memberikan sticker #kmpians kepada 1000 warga KMP secara percuma.
In syaa Allah, kami akan cuba untuk bertapak di UKM untuk mendapatkan lebih ramaiMADU pelanggan.
Di KMP, kami telah mengeluarkan 4 jenis design yang berbeza. Design pertama kami iaitu KMPIANS, telah terjual lebih 600 helai. Dari situ, kami dapat mengumpulkan modal untuk menyertai hari keusahawanan KMP selama 3 Hari 2 Malam. Pada hari keusahawanan tersebut, kami berjaya menjual baju yang diberi nama MATRIKULASI EMP4TR4T4 sebanyak 50 helai dan #KMPIANS sebanyak 100 helai. Pada masa yang sama, kami telah berkolaborasi dengan beberapa jenama tempatan yang lain seperti 27Legacy Tiedye, Smiley Crow, dan Pahlawan Apparel.
![]() |
| Bersama baju Legacy Tiedye di hadapan gerai kami. |
![]() |
| Silap pulak aku membelakangkan kamera waktu ni. Sumber : Berita Harian, 8 Jan 2015 |
Alhamdulillah, walaupun tak sedasyat sambutan di KMP, baju kami telah terjual lebih kurang sebanyak 300 helai di pelbagai Kolej Matrikulasi.
Projek terakhir kami adalah 'Finale Kmpians' dimana kami telah menggabungkan design #KMPIANS jawi dan KMPIANS. Tampil dengan 3 jenis baju, iaitu muslimah, lengan panjang, dan lengan pendek, Alhamdulillah baju tersebut telah berjaya dijual lebih kurang 450 helai. Disebabkan itu merupakan projek terakhir, kami telah memberi sticker percuma, dan button badge percuma kepada pelanggan kami. Kami juga telah memutuskan untuk memberikan sticker #kmpians kepada 1000 warga KMP secara percuma.
In syaa Allah, kami akan cuba untuk bertapak di UKM untuk mendapatkan lebih ramai
Friday, 23 October 2015
Sesal
Biar kau tahu makna kata kehidupan. Biar kau tahu makna kata dugaan. Biar kau tahu erti kata penyesalan.
Biarlah. Biarkan, abaikan, dan lupakan memang dah sebati dengan kehidupan. Biarkan, abaikan, dan lupakan memang kau turuti kehendak hati. Biarkan, abaikan, dan lupakan takkan nak bawak sampai kau mati ?
Sampai kapan kau takkan berhenti menyesal jika tak pernah untuk berubah. Tak penat ke terlalu kerap menyesal disebabkan perangai yang tak tentu pasal.?
Tiada siapa yg mampu mengubah kalau kau sendiri tak nak berubah. Fikirkanlah agar sesalan tidak menjadi kebiasaan dalam kehidupan.
Renungkanlah betapa besar harapan yang kau bawak agar kelak tak melukai hati yang mengharap. Ku hanya ingin berpesan, jangan jadikan setiap keputusan membawa kepada penyesalan...
Saturday, 17 October 2015
Niskala
Terkadang kau datang tak diundang, tapi sering
mendapat perhatian. Kadang juga kau datang berhamparkan permaidani merah, tapi
langsung tak dipandang.
Jika engkau orang yang bijak, engkau tak mudah untuk
dipijak. Jika kau tahu apa erti pergi, kau akan lari tak tinggal jejak.
Tak adil ? Itu perkara biasa, kerna manusia tak
terlepas dari dosa.
Tak cukupkah masa yang kau beri supaya mereka datang
mencari ? Berapa lama kau nak menanti hingga saat kau akan mati ?
Sedarlah. Mungkin mereka menganggap kau hanya badut
dungu yang setia menunggu. Pergilah dari hidup mereka. Tinggalkan kebencian,
dan tersenyumlah tanpa kedutan.
Mungkin mereka akan terkenang sekali sekala atau
mungkin niskala buat selamanya.
Friday, 16 October 2015
Beban
Tidak pernah wujud manusia yang hidup tanpa beban. Tidak
pernah ada manusia yang membesar tanpa sebarang dugaan dan cabaran. Tidak ada manusia yang hidup tanpa terhimpit dan
dihimpit.
Ya, beban. Setiap manusia pasti terbeban menghadapi beban. Setiap
individu mahukan kebebasan daripada beban. Pastinya menjadi kesulitan dalam
meniti arus kehidupan jika tidak dapat menangani beban.
Ingatlah, beban tidak boleh ditangani. Beban tidak mungkin diatasi
dan dicantas. Tetapi beban perlu diuruskan dengan akal yang cerdas dan tindakan
yang pantas.
Sebagai manusia biasa, kita tidak akan terlepas dengan
beban. Meski tidak diundang, beban tetap akan datang. Sebab itu perlunya
kebijaksanaan dalam menguruskan beban. Terpulang kepada individu bagaimana
hendak menguruskan beban, agar kelak tidak tersembam mengharung cabaran.
Saturday, 10 October 2015
10.10
Perfect 10. Sempurna. Aku akui terlalu ramai manusia mengejar kesempurnaan.
Aku tahu mereka ini tidak pernah mahukan kecacatan.
Terlalu ingin sempurna sampai diri merana. Tidak mahu kecacatan sampai diri kesempitan.
Pandang hina pada yang hodoh, sampai diri tak jumpa jodoh. Selalu rasa diri sempurna, sampai tak tahu diri tu bodoh.
Sayang sekali. Tidak ada manusia biasa yang sempurna melainkan pesuruhNya. Tidak wujud manusia yang sempurna tanpa sebarang cacat cela. Mana mungkin engkau cari yang sempurna sedang engkau manusia biasa. Aku musykil dengan manusia yang terus selesa merasakan diri sempurna.
Terkadang aku juga terikut sama.. Tapi sering kali ku ingatkan diri ini, 'aku manusia biasa, tidak pernah lekang dengan dosa'. Ingatkan aku kalau terlupa dan terleka.
azri ABU 10/10
Aku tahu mereka ini tidak pernah mahukan kecacatan.
Terlalu ingin sempurna sampai diri merana. Tidak mahu kecacatan sampai diri kesempitan.
Pandang hina pada yang hodoh, sampai diri tak jumpa jodoh. Selalu rasa diri sempurna, sampai tak tahu diri tu bodoh.
Sayang sekali. Tidak ada manusia biasa yang sempurna melainkan pesuruhNya. Tidak wujud manusia yang sempurna tanpa sebarang cacat cela. Mana mungkin engkau cari yang sempurna sedang engkau manusia biasa. Aku musykil dengan manusia yang terus selesa merasakan diri sempurna.
Terkadang aku juga terikut sama.. Tapi sering kali ku ingatkan diri ini, 'aku manusia biasa, tidak pernah lekang dengan dosa'. Ingatkan aku kalau terlupa dan terleka.
azri ABU 10/10
Thursday, 8 October 2015
Sarcasticoustic
Minggu ni punya post, untuk kategori bebas aku malas nak berpuitis haha. Jadi minggu ni aku nak memperkenalkan Sarcasticoustic. Sarcasticoustic ni sebenarnya nama kumpulan busking kitorang masa dekat KMP dulu, dan semestinya lah kitorang menggunakan konsep akustik. Emcee tak pernah nak pronounce dengan betul Sarcasticoustic !!!!
(azri, nazmi, yunus, helmi, and anwar )
Tengok gambar atas tu macam kumpulan nasyid bukan busker pulak kan ? haha ni masa malam cinta Rasul. Nazmi dengan Helmi je terlibat sebab depa buat dikir zikir. Okay, kita mulakan dengan pertandingan Timeless independence merangkap Malam Ambang Merdeka.
Timeless Independence merupakan pertandingan antara blok kediaman. Blok aku dapat nombor 2. Okay la kan, ada 9 blok kot. 7 blok perempuan. Faruq pun join waktu ni, jadi pelakon haha.
Persembahan seterusnya adalah pada KMP Unplugged sempena hari keusahawanan kolej. Persembahan pembukaan. Esok tu, gambar kitorang masuk Berita Harian. Tapi tu nanti aku cerita lain la nohh.
Dan yang atas ni, persembahan pentas yang terakhir dekat KMP. Sedih enn hmm. hahaha. Tapi malam tu agak all out la. Penutupan karnival PRD. Sekali lagi diberi kepercayaan untuk buat persembahan pembukaan. sebab kitorang gempak kan hahaha. Paling best la aku rasa malam tu, walaupun ada jugak kekurangan, tapi alhamdulillah dapat dikaburi dengan keprofessionallan kitorang uhukss. Kitorang buat medley malam tu, selimut tetangga + mewangi + potret.
Yang terakhir di KMP, kitorang berbusking di depan dewan. Waktu tu tengah study week menjelang final exam. Masa tu jugak kitorang berkolaborasi dengan budak band. Kitorang ajak depa sama-sama turun menjayakan program cewahhh. Nah, biar gambar berbicara.
Tu jelah kot. Cuma nak bagitahu selain bermain cajon, nazmi sebenarnya budak nasyid KMP. Dia jugak pernah menyanyi dengan kumpulan UNIC. Lagi satu mungkin time persembahan korang takde nampak gambar Yunus. Tapi sebenarnya dia tulang belakang dalam setiap persembahan kitorang. Dia macam manager la haha. Sebab dia yang akan manage kitorang. Bagi melancarkan setiap persembahan, sound check, rehearsal semua dia settle kan. Dia jugak sebagai penasihat. Pernah aku di jemput untuk buat persembahan masa blok kediaman perempuan nak buat dinner, dia lah yang melarang haha. Lagi satu, kitorang berbayar tau hahahah. Eh ni serius tak tipu. Kitorang la paling cerewet bab lighting, bab audio. Bukan apa, sebab nak dapatkan kepuasan sendiri dan kepuasan orang lain. Tu je.Tapi busking depan dewan tak berbayar la.
Haa, lupa nak cakap. Kitorang sebenarnya satu bilik. Mungkin ditakdirkan kot kitorang sebilik. But sekarang terpisah. Dekat UKM ada aku dengan Helmi. Nazmi dapat jugak UKM, tapi dia pilih UM. Anwar dengan Yunus ada dekat UUM.
In syaa Allah kitorang akan berkumpul untuk berbusking semula nanti. Dan doakan aku dengan anwar dapat join K.R.U haha.
p/s : Dekat UKM aku tak menyanyi ye. Sebab susuk suara dah buang. Eh tak gurau je.
Subscribe to:
Comments (Atom)









