Di KMP, kami telah mengeluarkan 4 jenis design yang berbeza. Design pertama kami iaitu KMPIANS, telah terjual lebih 600 helai. Dari situ, kami dapat mengumpulkan modal untuk menyertai hari keusahawanan KMP selama 3 Hari 2 Malam. Pada hari keusahawanan tersebut, kami berjaya menjual baju yang diberi nama MATRIKULASI EMP4TR4T4 sebanyak 50 helai dan #KMPIANS sebanyak 100 helai. Pada masa yang sama, kami telah berkolaborasi dengan beberapa jenama tempatan yang lain seperti 27Legacy Tiedye, Smiley Crow, dan Pahlawan Apparel.
![]() |
| Bersama baju Legacy Tiedye di hadapan gerai kami. |
![]() |
| Silap pulak aku membelakangkan kamera waktu ni. Sumber : Berita Harian, 8 Jan 2015 |
Alhamdulillah, walaupun tak sedasyat sambutan di KMP, baju kami telah terjual lebih kurang sebanyak 300 helai di pelbagai Kolej Matrikulasi.
Projek terakhir kami adalah 'Finale Kmpians' dimana kami telah menggabungkan design #KMPIANS jawi dan KMPIANS. Tampil dengan 3 jenis baju, iaitu muslimah, lengan panjang, dan lengan pendek, Alhamdulillah baju tersebut telah berjaya dijual lebih kurang 450 helai. Disebabkan itu merupakan projek terakhir, kami telah memberi sticker percuma, dan button badge percuma kepada pelanggan kami. Kami juga telah memutuskan untuk memberikan sticker #kmpians kepada 1000 warga KMP secara percuma.
In syaa Allah, kami akan cuba untuk bertapak di UKM untuk mendapatkan lebih ramai





No comments:
Post a Comment