Mentor… Pembantu atau penasihat dalam bahasa lainnya. Aku
yakin dan pasti semua pernah memiliki mentor sendiri atau pernah menjadi mentor
kepada orang lain.
Kebiasaannya mentor merupakan seorang yang lebih
berpengalaman berbanding mentee. Kat sini aku nak tegaskan bahawa pengalaman
dengan usia tidak boleh dikaitkan. Usia yang tua tidak menggambarkan pengalaman
yang dimiliki.
Pernah aku menjadi mentor bagi Program Intergrasi Alumni
di KMP baru-baru ini. Pernah juga aku menjadi guru ganti di sebuah sekolah
menengah sebelum melanjutkan pengajian di UKM. Pendekatan yang aku gunakan
kepada orang yang aku kendalikan adalah dengan menggunakan konsep mentor-mentee.
Konsep mentor-mentee bagi aku memerlukan mentor lebih
erat dengan mentee nya. Aku tidak menetapkan kepada mereka untuk memanggilku ‘abang’.
Tidak juga dengan panggilan ‘cikgu’. Sebaliknya, aku memberitahu kepada mereka terpulang
untuk memanggil aku apa sekalipun selagi ia melambangkan kesopanan.
Aku rasa aku berjaya dalam menggunakan konsep tersebut. Kerana
apa? Kerana mereka dan aku lebih selesa dalam menjalin perhubungan tersebut.
Maka dapat aku simpulkan dekat sini, mentor memerlukan
perhubungan yang erat dengan mentee nya. Seiring dengan definisi sebagai
pembantu dan penasihat. Walaupun guru dan kaunselor juga boleh menjadi pembantu
dan penasihat, berbeza dengan mentor, mereka lebih erat dengan orang dibawahnya
iaitu mentee.

lepas ni boleh ajar saya yaa cikgu
ReplyDeletelepas ni boleh ajar saya yaa cikgu
ReplyDeletemintak jauhh student macam kau hahahha
ReplyDelete